penghijrahan memerlukan pengorbanan.

assalamualaikum semuaa, sihat ke? syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi nyawa, tidak lupa juga segala nikmat yang tidak pernah henti. ALHAMDULILLAH! bersama-sama kita panjatkan kesyukuran dan semoga kita sentiasa dalam rahmatnya. insyaAllah. memandangkan blog ini sudah lama terabai, maka aku mengambil langkah drastik untuk mengemaskinikannya, cewah, aha. bukan takd masa nak update tapi dek kerana malas jadi usanglah ia.

ya seperti biasa. aku sihat alhamdulillah dan bertambah ceria mungkin? hehe. rasa rindu dihati membuak-buak nak update blog tapi takde idea. kalau takd idea maka akan berlakunya kemencarutan. oh apakah.
okay dah dah. lets beginn *drum roll*

seperti mana yg dapat anda semua lihat. saya sudah pun berniqab sekarang dan dengan bangganya saya ingin memberitahu bahawasanya saya sungguh gembiraa. syukur alhamdulillah Akhirnyaa Allah buka pintu hati saya untuk berniqab. sungguh! masa first time pakai hati rasa syahdu tak terkata, Airmata bertakung. adakah ini aku? ya ini aku.

biarpun aku tak pernah freehair tapi bg seorang yang suka melawa bergaya kononnya aku memang susah nak tutup semua tiba-tiba. ya aku akui. aku tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas hati ni nak jadi macam sekarang, tapi itulah yang kita kata kuasa Allah. ya, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu hati, diberi hidayah kepada diri yang hina penuh dosa ini. dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh sang pencipta. syukur tidak terhingga :")

Alhamdulillah Allah bagi aku rasa ujian menjadi seorang niqabis. Allah uji aku, diperli, digelak. Ahh itu perkara biasa. manusia tidak pernah berhenti bercakap. apa yang kita mampu buat hanyalah berdoa agar mereka turut diberi hidayah, insyaAllah. tapi disebalik ujian itu Allah bagi pula nikmatnyaa, Allahu. apakah diri ini layak? rakan taulan seronok tengok. sejuk hati kata mereka. ada yang turut ingin berniqab. saya doakan Allah permudahkan.

ya sudah genap 4bulan saya berniqab. dan itu kejayaan besar dalam hidup saya. Alhamdulillah. namun diri ini masih perlu mencari dan mempelajari segala ilmu. memang banyak yang perlu saya tahu. dalam dunia yang serba sosial macam sekarang barangkali orang akan sentiasa menghakimi kita, tapi kita kena ingat ada lebih besar yang bakal menghakimi kita kelak.

aku banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman. alhmdulillah mereka sangat sangat membantu, semoga Allah membalas jasa baik kalian. aku akui aku memang tersangat lalai dulu. kalau solat pun rongak rongak.Allah. malu sungguh diri ini. tapi Alhamdulillah berkat doa kalian barangkali aku memperoleh hidayah.  berkat doa ibu bapa yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak mereka, syukur.

sekarang bila aku keluar kemana sahaja aku akan berjumpa dengan niqabis. biarpun tua atau muda. Allah. sungguh ajaib kuasamu. aku dikelilingi teman-teman yang masyaAllah tak pernah aku temukan. sunggguh indah. menjalinkan ukhwah kerana Allah insyaAllah selama-lamnya. semoga kita dipertemukan disyurga :'( mengalir air mata ini. sungguh aku tak layak. tapi adakah aku sanggup mennggung azab siksanya? Allahurabbi, ampunilah kami. sesungguh engkaulah maha pengampun.

maaf atas entry yang penuh syahdu. sekadar berkongsi rasa hati. kepada yang rasa nak berubah tu teruskan. Allah sentiasa mendengar rintihan kita sebagai hamba. jangan risau. buat diri ini, kuatkan hati semoga sentiasa                     istiqomah insyaAllah. semoga Allah permudahkan segalanya.

rasanya cukuplah coretan atau contengan saya untuk kali ini. insyaAllah ada rezeki saya tulis lagi :D