sesungguhnyaa aku insan yang lemah.

.بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


(oneday insyaAllah dengan izinNYA)


Ya  Allah! sudah tidak dapat digambarkan lagi segala nikmat yang telah kau berikan kepada diri ini.
sesungguhnya aku hanya insan yang lemah lagi hina yang tidak layak untuk semua ini ya Allah.


 kadangkala..
Aku mengabaikanMu tatkala senang dan bahagia pada hakikatnya aku lupa bahawa ENGKAUlah maha pemberi nikmat Ya Allah :"(


aku..
selalu alpa dengan kesenangan dan tipu daya dunia yang fana ini, aku sering terlupa bahawasanya dunia ini hanya persinggahan sementara Ya Allah :"(


aku..
sentiasa mengeluh dah merintih dengan ujian-ujian kecil yang kau beri, padahal aku tidak pernah berfikir tentang ujian yang bergitu hebat yang kau berikan kepada junjungan kami, Muhammad S.A.W yang agung jika dibandingkan aku hanya hambamu yang hina dan keji Ya Allah :"(


aku..
aku sering lupa bahawasanya cinta kepadaMU adalah cinta hakiki dan cinta yang kekal SELAMA-LAMANYA serta tidak ada tolak bandingnya :"(


aku..
sering mengira segala kebahagiaan yang dimiliki orang lain sedangkan aku tidak pernah melihat dan bersyukur dengan apa yang kau kurniakan kepadaku ini Ya Allah :"(


kadangkala..
aku mendengar bisikan syaitan yang sudah jelas aku tahu ia-nya musuh yang nyata Ya Allah :"(


kadangkala..
aku lupaa bahawasanya jika ENGKAU bisa memberi, maka ENGKAU bisa menarik balik semuanya Ya Rahman.


aku..
Insan yang tidak pernah bersyukur dengan segala nikmatMU yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ini Ya Allah. kenikmatan mempunyai keluarga yang bahagia dan teman-teman yang MasyaAllah baik-baik belaka.


ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM!
Ampuni aku ya Allah, beribu-ribu ampunnnn! kau berikanlah aku hidayah. Aku hanya insan hina yang sering mengabaikanMU sedangkan ENGKAUlah tuhan sekalian alam. ENGKAULAH tuhan yang maha besar lagi maha mengasihi. ALLAHUAKBAR!